My breast feeding Journey-Muhammad Uwais
Assalamualaikum semua mummies kat luar sana. So untuk blog kali ni,finaz nak share sikit pengalaman finaz sepanjang menyusukan Uwais(anak sulung finaz).
So awal sekali nak share sikit,moment2 sebelum Muhammad Uwais lahir.Sebab nya Muhammad Uwais lahir sangat awal dari due date. Uwais lahir masa baru 34 minggu 4 hari kalau tak silap. Dah la anak first,lahir awal pulak kan. Memang sangat2 tak jangka. Padahal beberapa hari tu sempat lagi merayap g PORT DICKSON pastu naik KL jumpa kawan. Masa ni satu barang baby pun tak standby tau. Berani betul masa ni. Masa finaz pregnant,masa 24 minggu rasanya ada bleeding tau,siap buat pepsmear masa tu. Dah la masa tu nak pergi UMRAH. So masa tu memang tawakal je pergi jugak umrah walaupun ada checkup followup masa minggu 25 tu. Alhamdulillah Uwais pun okay sepanjang buat umrah. Dan berat Uwais masa lahir pun cantik 2.5kg. Kalau cukup bulan tu mau dekat 3 kg jugak. Walaupun anak finaz lahir tak cukup bulan,alhamdulillah duk dalam ward pra matang 1 hari setengah je. Ummi dye yang lama dalam ward sampai 3 hari sebab bersalin czer(Emergency czer)
Tapi korang2 yang first time mommy jangan buat macam finaz tau. Hehe. Bahaya. Masa kandungan dah masuk 30 minggu semua benda memang dah kene ready je dalam kereta.
So sekarang finaz nak share pengalaman finaz menyusukan uwais. Masa awal2 uwais lahir tu Uwais minum susu formula dari wad pra matang sebab dokter nak pantau. Start dari awal memang finaz dah niat nak susukan Uwais sampai 2 tahun. Sebab besar ganjaran nya dari Allah untuk ibu2 yang menyusukan anak sampai 2 tahun ni. Lagipun kan SUSU IBU kan susu yang terbaik. Tapi untuk ibu2 yang tak ada rezeki nak susukan anak dengan susu badan,finaz doakan korg akan dapat jugak susukan anak korang suatu hari nanti.
Lepas je bersalin,dah masuk ward biasa,suami terus tanya finaz nak kene beli breast pump tak? Pastu finaz bagitahu lah kedai jual breast pump yg finaz tahu kat area BANDAR BARU UDA( PUMP ON THE GO). So esoknya suami lah yang kene g shopping breast pump tu. Alhamdulillah adik ipar ikut sekali. Kalau tak pishang jugak nak pilih2 barang semua. Tulah,awal2 ajak tak nak pegi.😆
So masa kat ward,baby tak ada kat finaz sebab masih dalam ward. So banyak lah masa nak rehat balik sementara baby sampai kat kita kan. So masa ni survey2 breast pump yg harga okay2 tak mahal sangat yang penting boleh pump susu dengan ok dan tak sakit. So lepas dah survey finaz decide untuk beli breast pump PUMP ON THE GO DAISY. Harga masa tu RM 199 siap ada free gift dye semua. Tapi tambah RM 60 kalau tak silap dah boleh dapat yg double. So suami belikan yg double sebab senang nak pump dua2 belah sekali nanti.
So ni rupa breast pumpnya. Kecik molek je. Besar tapak tangan je.
So yang finaz bgtau ada free gift nye,ni lah antara free gift nya. Finaz amek yg A sbb dapat storage bottle 10. Ice pack tu dapat 3.
Setakat ni finaz pakai dah 5 bulan okay tak ada masalah. Sekali charged full dapat pump almost 4-5 kali sesi mengepam. Sedutan pun sedap. Cuma awal2 tu boleh pakai level satu je. Sebab tak biasa kan.Sekarang yg urutan boleh sampai level 4 yg expression boleh sampai level 3 dah. Hehe
Walaupun journey finaz masih baru, harapnya apa yang finaz share ni sedikit sebanyak boleh bantu ibu2 yang first time nak susukan baby korang. Yang penting ibu kene selalu happy supaya susu pun meriah.💓



Comments
Post a Comment